eKelas Penggal 2 Minggu 13 Subjek (Matematik dan Sains)

16 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Maxis telah melancarkan program portal e-Kelas iaitu pendidikan secara digital dan percuma di beberapa tempat terpilih Pusat Internet di seluruh Malaysia. eKelas sebelum ini khas untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Untuk sesi 2019, pembelajaran e-Kelas turut disertai pelajar Tahun 6, Tingkatan 4 dan 5. Matapelajaran yang diajar termasuklah English, Matematik dan Sains.

Kebaikan yang boleh diperolehi adalah murid boleh menguasai matapelajaran yang diajar secara percuma tanpa ada pengecualian. Selain itu, boleh membantu murid untuk meningkatkan pencapaian akademik. Juga membolehkan murid menguasai teknik – teknik lain selain dari pelajaran asas yang diajar di sekolah. Pelajar yang kurang mampu untuk membayar kelas tusyen di luar berpeluang untuk menyertai e-kelas ini.

Butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti:
Matematik:
1.) Pembelajaran secara live tutorial
2.) Pembelajaran mengenai Panjang, Jisim dan Isipadu Cecair

Sains:
1.) Pembelajaran secara live tutorial
2.) Pembelajaran mengenai Mesin-Kelas Tuas

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali